Telefon bimbit tak dapat, kena belasah pula

Viana turut berkongsi keadaan pencuri itu yang dibelasah teruk olehnya.
A
A

RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Tindakan seorang pencuri yang mahu meragut telefon bimbit milik seorang wanita yang terkenal dengan jolokan 'Wanita Besi' berdepan padah selepas dia dibelasah teruk oleh pejuang seni mempertahankan diri campuran (MMA).

Insiden itu berlaku ketika juara strawweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Polyana Viana, 27, sedang menunggu Uber di luar apartmen yang didiaminya pada Sabtu lalu.

Menurut Viana, dia menumbuk dan turut menyepak pencuri tersebut selepas lelaki itu cuba mengancamnya dengan replika pistol kadbod.

Wanita terbabit yang memegang lelaki itu dalam 'kimura-like position' sementara menunggu pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian turut memuat naik gambar pencuri itu dengan kesan lebam di muka dan tangannya.

"Saya rasa dia takut," kata Viana. - AFP


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia