U-turn kali ini saya sambut baik: Najib

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut baik ‘u-turn’ yang dibuat berhubung keputusan Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak menaikkan kadar sewa bagi kuaters Blok F dan G milik perbadanan itu di Presint 11.

PPj melalui kenyataan media hari ini memaklumkan langkah untuk menaikkan kadar sewa dilihat tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam keadaan semasa.

“Semalam, saya kongsi pendedahan dari saudara Isham Jalil (Pengerusi Sukarelawan Malaysia) tentang kenaikan berganda sewa kuarters Putrajaya dari RM400 sebulan kepada RM800 sebulan.

“Pagi ini, syarikat milik kerajaan itu sudah menarik balik keputusan itu. U-turn lagi. Tetapi U-turn kali ini saya sambut baik,” kata Najib melalui Facebooknya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kadar sewa kuanters PPj tidak naik]

Presiden PPj, Datuk Dr Aminuddin Hashim dalam kenyataan medianya itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan Kementerian Wilayah.

Sebelum itu, Notis makluman berhubung kadar baharu sewa bulanan bagi kedua-dua unit kuaters yang ditetapkan pada kadar RM400 hingga RM500 akan dinaikkan kepada RM600-RM900 tular di media sosial.

Menurut notis itu, kenaikan terpaksa dilakukan berikutan kos penyelenggaraan dan pembaikan kuaters yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Artikel Berkaitan:

Dalam hantaran sama, Najib turut mahukan kerajaan membenarkan kenaikan gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam yang sepatutnya berlaku pada 1 Julai tahun lepas jika BN menang dalam PRU14 lalu tetapi dibatalkan oleh PH.

“Harap juga boleh U-turn satu kali lagi dan membenarkan kenaikan satu gaji tahunan,” katanya.