India terima penghantaran terakhir uranium dari Kazakhstan

No Image Caption
A
A
A

NEW DELH - India akan menerima penghantaran terakhir uranium dari Kazakhstan menjelang akhir 2019 di bawah kontrak pada 2015 bagi 5,000 tan uranium ore concentrate (UOC), kata kerajaan kepada Parlimen.

Kazakhstan, pengeluar uranium terbesar dunia perlu membekalkan jumlah UOC yang dipersetujui kepada India antara 2015 dan 2019 dalam satu perjanjian bernilai kira-kira AS$450 juta.

Mengikut kontrak itu, kuantiti baki sebanyak 1,500 tan dijadualkan tiba di India pada Disember 2019, kata Jabatan Tenaga Atom semalam.

India yang mengendali banyak loji kuasa atom dan membina sejumlah reaktor bertahun-tahun mengimport uranium dari pelbagai negara termasuk Kanada, Argentina, Namibia dan Russia.

Ia telah memeterai satu perjanjian pada Januari tahun ini dengan Uzbekistan untuk membeli UOC sebanyak 1,100 tan.

Bekalan dari Uzbekistan akan bermula pada 2022. - Bernama

Artikel Berkaitan: