Bekas PM Turki tubuh parti baharu cabar Erdogan

Ahmet Davutoglu
Ahmet Davutoglu
A
A
A

ANKARA - Bekas Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu bercadang untuk menubuhkan parti politik baharu bagi mencabar Presiden, Recep Tayyip Erdogan dan parti pimpinannya, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

Menurut sumber, Davutoglu telah memaklumkan mengenai cadangan tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri dan parti baharu itu bakal dinamakan Parti Masa Depan.

"Parti baharu itu akan memberi nafas baharu dalam dunia politik," katanya.

Davutoglu, 60, berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari 2014 hingga 2016 sebelum jatuh ke tangan Erdogan.

Beliau mengumumkan pengundurannya dari AKP pada September lalu selepas mendakwa parti yang telah menguasai politik negara selama 17 tahun itu tidak lagi dapat menyelesaikan masalah Turki dan menghalang perdebatan dalaman.

Pengundurannya dibuat dua bulan selepas bekas Timbalan Perdana Menteri, Ali Babacan meninggalkan AKP.

Bulan lalu, Babacan mendakwa Turki kini berada dalam terowong gelap dan memberi amaran tentang pemerintahan diktator. - Agensi

Artikel Berkaitan: