X

Kindly register in order to view this article
!

Magis motif alam, hidupan safari

PILIHAN warna alam semula jadi selain cetakan kulit ular serta harimau bintang yang menjadi motif utama koleksi Ezuwan.
A
A

TIDAK pernah mengecewakan! Busana bermotifkan alam semula jadi dan hidupan safari umpama sentuhan magis yang memberikan nafas baharu buat koleksi siap pakai (RTW) musim bunga dan panas 2019/2020.

Safari Collections rekaan pereka fesyen tersohor, Ezuwan Ismail itu cukup mengujakan hingga mencuri tumpuan mata dan lensa kamera pada Kuala Lumpur Feshion Week 2019 baru-baru ini.

Jika sebelum ini bapa kepada dua anak yang berusia 37 tahun itu tampil dengan busana pengantin unik bertemakan elemen surat cinta, koleksi terbaharu nampaknya lebih garang dan berani.

Eksklusif dengan menampilkan 18 rekaan dikhususkan untuk golongan wanita yang berani menonjolkan karisma diri, empat lagi koleksinya membangkitkan sisi maskulin lelaki.

PELBAGAI jenis fabrik digabungkan untuk melengkapkan koleksi termasuk satin, sifon, kapas, polister, baldu, sekuin dan neoprene.
PELBAGAI jenis fabrik digabungkan untuk melengkapkan koleksi termasuk satin, sifon, kapas, polister, baldu, sekuin dan neoprene.

Menurut Ezuwan, rekaannya itu diinspirasikan menerusi keindahan safari dan mengetengahkan pelbagai motif haiwan liar yang pastinya mencetuskan trend baharu dalam fesyen tempatan.

“Alhamdulillah, pertunjukan fesyen kali ini cukup mengujakan kerana saya dapat memeriahkan pentas KLFW 2019 dengan mengetengahkan pelbagai elemen istimewa dan luar biasa.

“Sebenarnya secara peribadi, koleksi itu saya anggap unik kerana fabriknya ditempah khas yang sememangnya rare dan dicetak mengikut kreativiti tersendiri,” katanya kepada e-Trend baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai fabrik yang digunakan, penyanyi Kumpulan E1 itu menjelaskan, pelbagai jenis fabrik digabungkan untuk melengkapkan koleksi termasuk satin, sifon, kapas, polister, baldu, sekuin dan neoprene.

“Saya juga memilih warna alam semula jadi seperti coklat, krim, hijau, hitam dan putih selain cetakan kulit ular serta harimau bintang yang menjadi motif utama koleksi kali ini.

“Apa yang unik mengenai rekaan itu, setiap potongan sangat berbeza berbanding kebiasaan kerana boleh dipakai untuk outfit of the day (OOTD) harian atau dipadankan aktiviti lasak,” katanya.

KOLEKSI yang bertemakan alam semula jadi dan hidupan safari tampak lebih garang dan berani.
KOLEKSI yang bertemakan alam semula jadi dan hidupan safari tampak lebih garang dan berani.

Berkongsi mengenai perancangan masa depan, meskipun sibuk dengan dunia fesyen, beliau bijak membahagikan waktu untuk menyanyi bersama kumpulan E1 yang ditubuhkan.

“Memang tidak dinafikan selepas raya tempoh hari, sambutan yang diberikan terhadap E1 cukup menggalakkan. Ramai menghargai bakat yang kami ada dan berjaya buktikan kemampuan diri.

“Meskipun sibuk dengan beberapa pertunjukan fesyen, namun minat mendalam dalam bidang nyanyian memberikan saya kelainan untuk berkarya. Sebab tak ramai pereka boleh menceburi bidang nyanyian.

“Bukan sekadar fesyen yang ingin ditonjolkan dalam siri pertunjukan tempatan dan luar negara, tetapi lagu dan bakat kepada semua. Mungkin akan muncul lagu baharu ketiga tahun depan,” ujarnya yang kini ligat dengan rekaan penuh kejutan untuk KLFW 2020.

SETIAP potongan Safari Collection berbeza berbanding kebiasaan kerana boleh dipakai untuk outfit of the day (OOTD) harian atau dipadankan aktiviti lasak.
SETIAP potongan Safari Collection berbeza berbanding kebiasaan kerana boleh dipakai untuk outfit of the day (OOTD) harian atau dipadankan aktiviti lasak.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus