Bayi 'grumpy' curi perhatian

Jurugambar terbabit menyifatkan riak wajah Luna sebagai ekspresi wajah terbaik.
Jurugambar terbabit menyifatkan riak wajah Luna sebagai ekspresi wajah terbaik.
A
A
A

OHIO - Seorang jurugambar di Ohio, Amerika Syarikat tidak menyangka hasil foto yang diambil terhadap bayi berusia dua minggu menjadi tular.

Mimik wajah 'grumpy' bayi perempuan terbabit telah mencuri perhatian ramai dan mula dikongsi di media sosial selepas Juntine Tuhy memuat naik gambarnya.

Menerusi kapsyen pada gambar pertama bayi digelar Luna itu, Tuhy cuba berjenaka dengan berkata, 'Luna tidak teruja dengan dengan sesi bergambar itu. Jadi, dia enggan tidur dan memerhatikan setiap pergerakan saya'.

Tuhy turut menyifatkan wajah 'grumpy' Luna sebagai ekspresi terbaik pernah diambil olehnya.

Fox News memetik kenyataan Tuhy melaporkan Luna tidak meragam sepanjang sesi penggambaran tersebut walaupun wajahnya seakan 'tidak puas hati' dengan keadaan sekeliling.

Sebelum ini, Grumpy Cat yang pernah mencetuskan fenomena kerana mimik wajah sedih yang dipaparkan olehnya dan menghiasi ribuan 'memes' turut diangkat sebagai bintang di media sosial.

Kucing digelar Tardar Sauce itu bagaimanapun mati di kediaman pemiliknya pada usia tujuh tahun pada 14 Mei lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: