Karya seni tertua di dunia di gua Indonesia

Lukisan gua yang ditemui di Sulawesi itu dipercayai berusia hampir 44,000 tahun. - Foto AFP
Lukisan gua yang ditemui di Sulawesi itu dipercayai berusia hampir 44,000 tahun. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Satu lukisan gua di Indonesia yang menggambarkan adegan memburu prasejarah mungkin menjadi karya seni tertua di dunia yang wujud sejak hampir 44,000 tahun lalu.

Ditemui dua tahun lalu di sebuah pulau di Sulawesi, lukisan selebar 4.5 meter itu menampilkan ciri-ciri haiwan liar yang diburu oleh pemburu separuh manusia dengan menggunakan tombak dan tali.

Menerusi teknologi untuk menentukan usia sesuatu objek, pasukan di Universiti Griffith Australia telah mengesahkan bahawa lukisan gua batu kapur itu bertarikh sekurang-kurangnya 43,900 tahun semasa zaman Paleolitik.

"Adegan memburu itu adalah rekod penceritaan bergambar tertua dan karya seni terawal di dunia," kata penyelidik.

Penemuan itu berlaku selepas lukisan haiwan di sebuah gua di pulau Borneo Indonesia sebelum ini dipercayai berusia sekurang-kurangnya 40,000 tahun.

Sejak beberapa tahun lalu, seni gua dianggap berasal dari Eropah namun lukisan dari Indonesia mencabar teori tersebut.

Terdapat sekurang-kurangnya 242 gua atau tempat perlindungan dengan imej purba di Sulawesi dan setiap tahun penyelidik akan menemui tempat sejarah baharu. - AFP

Artikel Berkaitan: