X

Kindly register in order to view this article
!

Pelarian Rohingya dakwa Suu Kyi berbohong

Suu Kyi menafikan tenteranya membunuh orang awam dan melakukan genosid. - Foto: AFP
A
A

COX'S BAZAR - Pelarian Rohingya mendakwa Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi berbohong kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semasa memberi keterangan semalam.

Ketika mengulas di hadapan hakim di The Hague, Suu Kyi menafikan angkatan bersenjata negaranya bersalah atas dakwaan melakukan genosid terhadap kumpulan etnik minoriti Islam.

Menurut Penerima Hadiah Nobel Keamanan itu, penghijrahan ratusan ribu Rohingya ke negara jiran Bangladesh adalah akibat yang terpaksa ditanggung daripada pertempuran dengan pemberontak.

Menurut pemimpin Rohingya yang juga Pengerusi Masyarakat Rohingya Arakan untuk Keamanan dan Hak Asasi Manusia, Mohammed Mohibullah, dunia akan menilai penafian mereka yang kononnya tiada genosid dengan bukti.

"Seorang pencuri tidak akan mengaku dia pencuri tetapi keadilan dapat disampaikan melalui bukti. Dunia telah memperoleh bukti daripada kami.

"Walaupun Suu Kyi berbohong, beliau tidak akan terlepas. Beliau akan berdepan keadilan. Dunia perlu mengambil tindakan terhadapnya," tegasnya.

Seorang lagi pelarian, Nur Kamal turut menolak keterangan pemimpin de facto itu.

"Tentera mengepung orang kampung dan membunuh mereka dengan tembakan dan bakar hidup-hidup. Bukankah itu genosid? Adakah wajar Suu Kyi berkata begitu?

"Dunia tidak akan terima. Mereka semua tahu penderitaan kami. Ia masih berlaku," katanya.

Pasukan undang-undang dari Gambia yang bertindak bagi pihak 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa ICJ untuk mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk menghalang tindakan yang menyumbang kepada jenayah genosid di Myanmar.

Gambia turut mendakwa genosid telah berlaku dan sedang berlaku.

Suu Kyi bagaimanapun menuduh Gambia menyediakan maklumat mengelirukan dan tidak lengkap tentang apa yang berlaku di Rakhine, Myanmar pada 2017. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!