Nilai pasaran Saudi Aramco lebih RM8.32 trilion

Dua kemudahan milik Saudi Aramco pernah digemparkan dengan serangan yang didakwa didalangi Iran pada September lalu.
Dua kemudahan milik Saudi Aramco pernah digemparkan dengan serangan yang didakwa didalangi Iran pada September lalu.
A
A
A

RIYADH - Nilai pasaran syarikat tenaga gergasi Saudi Aramco melonjak lebih AS$2 trilion (RM8.32 trilion) hari ini selepas lonjakan harga sahamnya sekali lagi pada hari kedua dagangan.

Difahamkan, nilai luar biasa itu diperoleh selepas Putera Mahkota, Mohammed Salman mencadangkan untuk menjual sehingga lima peratus kira-kira empat tahun lalu.

Saham Aramco melonjak kepada 9.7 peratus kepada AS$10.3 (RM42.8) pada pagi tadi selepas peningkatan sebanyak 10 peratus semalam dan menghasilkan permodalan saham di Bursa Saham Arab Saudi sehingga AS$2.56 trilion (RM10.6 trilion), sekali gus menjadikannya sebagai Bursa Saham ketujuh terbesar di dunia.

Sejak dagangan semalam, harga saham Aramco telah melonjak kepada 20.6 peratus daripada AS$8.53 (RM35.4).

Jualan saham Aramco merupakan landasan strategi cita-cita tinggi Putera Mohammed untuk merombak ekonomi yang bergantung kepada sumber minyak dan meningkatkan dana untuk projek mega dan industri bukan tenaga seperti pelancongan dan hiburan.

Bagi menarik pelabur untuk melanggan Tawaran Awam Permulaan (IPO), Aramco memberi jaminan bahawa ia akan mengagihkan dividen kira-kira AS$75 bilion (RM311 bilion) setahun sehingga 2024.

Hasil sebanyak AS$25.6 bilion (RM106.4 bilion) yang diperoleh daripada IPO Aramco dijangka disalurkan kepada tabung Dana Pelaburan Awam sebuah dana kekayaan Saudi yang akan melabur dalam projek mega.

Salah satu syarikat paling berahsia di dunia itu membuka akaun pada tahun ini dengan mengumumkan bahawa ia mencatatkan keuntungan bersih AS$111 bilion (RM461 bilion) pada 2018 dan menjadikannya sebagai firma paling menguntungkan di dunia. - AFP

Artikel Berkaitan: