Wanita dibunuh kerana berbahasa Inggeris

Bagtong didakwa membunuh seorang wanita di Punta Santiago, Filipina.
Bagtong didakwa membunuh seorang wanita di Punta Santiago, Filipina.
A
A
A

PUNTA SANTIAGO - Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai membunuh dan memenggal kepala seorang wanita di Punta Santiago, Filipina.

Memetik laporan mirror.co.uk, lelaki berusia 21 tahun itu memenggal kepala mangsa kerana bercakap dalam bahasa Inggeris.

Suspek yang dikenali Lloyd Bagtong juga mengaku telah memenggal kepala mangsa dengan menggunakan peralatan berkebun.

Bagtong memberitahu polis bahawa ketika melakukan perbuatan itu dia dalam keadaan mabuk.

Dalam pada itu, laporan akhbar menyatakan bahawa mayat wanita tersebut ditemui tanpa pakaian dalam oleh penduduk Punta Santiago, Khamis lalu.

Ketua Polis Bandar Talisayan, Kapten Maribeth Ramoga memberitahu akhbar, suspek bertindak demikian kerana tidak memahami percakapan wanita tersebut kerana berbahasa Inggeris.

Bagtong juga memberitahu pihak polis kepala mangsa berada di sekitar rumahnya.

Polis juga sudah memanggil saksi kejadian ini dan saksi mengakui pernah melihat parang terselit di pinggang Bagtong ketika di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Identiti mangsa belum dikenal pasti dan suspek akan dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri.