Beg sekolah gambar ahli politik, ini respon Hannah Yeoh

hannah
hannah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli yang dikecam netizen selepas gambar penyerahan beg sekolah yang memaparkan wajahnya tersebar mendapat respon daripada ahli parti dalam komponen PH.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh yang berciap di Twitternya berkata; “Jika kamu sebahagian daripada ‘boy band’ popular sebagai contohnya. Zaman saya adalah NKOTB (New Kids On The Block)”.

Kenyataan itu dibuat sambil ulang kicau laporan berita Malay Mail bertajuk; Tiada salahnya meletakkan muka saya pada beg sekolah; kata Adun Jeram.

Selepas gambar penyerahan beg sekolah yang memaparkan wajah Mohd Shaid tersebar, beliau memberi respon bahawa tidak kisah dengan kecaman daripada netizen.

Katanya, tiada sebarang masalah jika gambarnya terpapar pada beg sekolah yang diberikan kepada murid sekolah di kawasan Dun terbabit.

Menurutnya, sebanyak 1,000 beg sekolah itu ditempah dari China dan ia sepatutnya menggunakan lakaran dan bukan gambar sebenar beliau.

Artikel Berkaitan: