Mitra dikritik kerana telus: Waytha Moorthy

P Waytha Moorthy
P Waytha Moorthy
A
A
A

KUALA LUMPUR - Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) 'mendapat perhatian’ pengkritik dan individu yang ditolak permohonannya kerana ia bersifat telus dengan memaparkan senarai terperinci penerima dana dalam laman webnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkata, ini kali pertama Mitra, di bawah JPM memaparkan maklumat itu termasuk jumlah dana yang diterima di laman web, menyebabkan ia menjadi sasaran pihak berkenaan.

“Kita beri peluang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sekian lama berkhidmat membantu membangunkan sosio ekonomi masyarakat India.

“Selain itu, pencapaian penerima dana sedia ada juga akan dinilai bagi melihat keberkesanan program dan pemberian dana bagi tempoh seterusnya (jika layak),” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak berhubung ketelusan pengagihan dana Mitra kepada golongan yang memerlukan.

Senarai penerima dana dan perincian berkaitan Mitra boleh diakses melalui https://mitra.gov.my/mitra-program-activity-calendar-2019-view/.

Mengulas tentang isu boikot sawit Malaysia-India, Waytha Moorthy berkata, beliau menerima baik kenyataan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mridul Kumar, semalam bahawa tiada kenyataan rasmi dari New Delhi tentang tindakan memboikot minyak sawit negara.

“Saya sambut baik kenyataan Mridul dan ia akan mengekalkan hubungan baik Malaysia-India yang terjalin sekian lama. Kita boleh tafsirkan kenyataan Mridul sebagai maklum balas rasmi dari India,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Portal tempatan melaporkan Mridul sebagai berkata, desakan (boikot) itu dimulakan oleh badan perniagaan India dan bukannya kerajaan India secara rasmi. - Bernama