Had umur perkahwinan di Perlis kekal

Ruzaini Rais
Ruzaini Rais
A
A
A

KANGAR - Had umur perkahwinan di Perlis dikekalkan kepada 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

Begitu pun, perkahwinan di bawah usia minimum masih diberi kelonggaran bersandarkan alasan munasabah dan kebenaran bertulis daripada hakim Mahkamah Syariah.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Ruzaini Rais berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan kerajaan negeri bersama pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.

Bagaimanapun, menurutnya, pihaknya akan turut memantau pernikahan di Selatan Thailand bagi mengelakkan berlaku perbuatan ‘terlarang' itu.

"Kita tidak menafikan berlakunya pernikahan bawah umur di negeri ini namun jumlahnya amat kecil dan selebihnya mereka mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa," katanya ketika ditemui media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir hari ini.

Setakat ini, lima negeri bersetuju meminda had umur perkahwinan kepada 18 tahun manakala tujuh negeri lain yang antaranya Perlis, Kedah dan Kelantan masih kekal dengan had usia asal.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya had usia minimum perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun bagi melindungi kesihatan, keselamatan dan hak kanak-kanak di negara ini.

Artikel Berkaitan: