India lulus RUU anti-Islam

Beberapa anggota polis cuba menyelamatkan rakan sepasukannya yang terbakar semasa protes membantah CAB di Tripura semalam. - Foto AFP
Beberapa anggota polis cuba menyelamatkan rakan sepasukannya yang terbakar semasa protes membantah CAB di Tripura semalam. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Polis di India terpaksa menembak peluru kosong selepas ribuan penunjuk perasaan tidak menghiraukan perintah berkurung di negeri Assam dalam demonstrasi membantah undang-undang kewarganegaraan baharu di negara itu.

Kira-kira 5,000 anggota separa tentera dikerahkan ke bandar Guwahati dan banyak jalan serta lebuh raya disekat bagi menghalang protes berleluasa.

Selain itu, semua perkhidmatan kereta api ke Tripura dan Assam digantung sementara serta beberapa penerbangan turut dibatalkan.

Kemudahan internet juga disekat di 10 daerah di negeri timur laut itu selama 24 jam sehingga jam 7 petang (waktu tempatan) hari ini berikutan kebimbangan platform media sosial berpotensi memburukkan lagi situasi semasa.

Bagi kumpulan Islam, pembangkang dan kumpulan hak asasi lain, Rang Undang-Undang Pindaan Kewarganegaraan (CAB) adalah sebahagian daripada agenda Hindu Perdana Menteri, Narendra Modi untuk meminggirkan 200 juta umat Islam di negara itu.

Kerajaan pemerintah Parti Bharatiya Janata (BJP) bagaimanapun menegaskan undang-undang tersebut bertujuan untuk melindungi agama minoriti yang melarikan diri daripada penganiayaan di negara asal mereka.

"Saya ingin memberi jaminan kepada saudara saya di Assam bahawa mereka tidak perlu bimbang dengan CAB," tulis Modi di laman Twitter miliknya.

Semalam, Parlimen India meluluskan CAB yang memberikan kerakyatan kepada orang bukan Islam dari negara jiran Pakistan, Afghanistan dan Bangladesh.

Artikel Berkaitan:

Dalam petisyen Liga Kesatuan Islam ke Mahkamah Agung, mereka menyifatkan undang-undang kontroversi itu melanggarkan artikel kesaksamaan, hak asasi dan hak untuk hidup. - Agensi