X

Kindly register in order to view this article
!

Seorang maut, tiga cedera nahas dua kenderaan

Keadaan dua buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di KM16 Jalan Jerantut-Temerloh di sini hari ini. - Foto: Ihsan PDRM
A
A

TEMERLOH - Seorang maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer (KM)16 Jalan Jerantut - Temerloh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Kamle Abdul Jalil, 36, beralamat Kampung Paya Luas meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, kejadian itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Proton Wira dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Sorento.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta Proton Wira dalam perjalanan dari arah Jerantut menuju ke Temerloh bersama ibunya, Rosnani Yasin, 62.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal keretanya lalu masuk masuk ke laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan MPV Naza Sorento.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian manakala ibunya yang duduk di tempat penumpang hadapan kereta patah tangan kiri.

"Pemandu Naza Sorento, K.Perumal, 71 dan isterinya M.Saraja pula cedera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk menerima rawatan.

kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus