Penerima dividen TH usah bimbang: Mujahid

Mujahid menerima cek RM25 juta untuk diagihkan kepada sekolah pondok berdaftar.
Mujahid menerima cek RM25 juta untuk diagihkan kepada sekolah pondok berdaftar.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof memberi jaminan, penerima-penerima dividen Tabung Haji tidak perlu memulangkan semula dividen deposit yang diterima susulan dakwaan terdapat penyelewengan dalam urus tadbir lembaga tersebut.

Mujahid berkata, ianya kerana pendeposit yang menerima dividen tidak mengetahui penyelewengan yang berlaku.

Menurut Mujahid, isu yang berlaku itu membabitkan pengurusan dan bukan di bawah tanggungjawab pendeposit.

"Biarkan sahaja. Tak perlu bayar balik kerana itu akan timbulkan kesukaran.

Ia bukan masalah penerima tetapi isu pihak pengurusan jadi mereka tak perlu bimbang utk bayar balik,"katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan cek kepada sekolah pondok berdaftar oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di sini.

Beliau ditanya berkaitan hukum menerima dividen berkenaan susulan dilaporkan berlaku penyelewengan dalam urus tadbir Tabung Haji yang menimbulkan kegusaran penerima.

Mujahid berkata, apa yang dilakukan (pendedahan mengenai penyelewengan) adalah untuk menambah baik pengurusan Tabung Haji supaya Pengurusan lembaga itu selepas ini dilakukan dengan cara yang betul.

"Mereka tak perlu bimbang untuk bayar balik saya rasa isunya diperingkat pengurusan .

Artikel Berkaitan:

Sebab itu kita terpaksa dedahkan semua ini," katanya.

Terdahulu beliau menerima cek berjumlah RM25 juta daripada kerajaan persekutuan untuk diagihkan kepada sekolah pondok berdaftar.

Mujahid berkata wang peruntukan yang diumumkan melalui bajet kerajaan PH itu akan diagihkan kepada 228 sekolah pondok dan sekolah agama rakyat berdaftar di seluruh negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Haji kurang RM4 bilion wang pendeposit?]

[ARTIKEL BERKAITAN: Pendeposit diberi jaminan simpanan mereka selamat]

[ARTIKEL BERKAITAN: Gempar! lebih RM22j dana Tabung Haji untuk politik]

[ARTIKEL BERKAITAN: Azeez nafi guna duit pencarum Tabung Haji untuk politik]