Wanita maut akibat kereta lain gagal memotong

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dihantar ke hospital untuk tindakan susulan.
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dihantar ke hospital untuk tindakan susulan.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang wanita maut apabila kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan di laluan utama Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Kesedar Paloh 1 di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Sudira Ramli@Mat Zin, 50, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman.

Suami mangsa, Mohamad Rozi Che Long, 40-an berkata, ketika kejadian, dia yang memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback bersama isteri dan anak asuhan mereka dalam perjalanan ke Kuala Krai, sebelum sebuah kereta dari laluan bertentangan cuba memotong.

"Kami dari rumah di Felda Chiku 07, Gua Musang mahu ke Kuala Krai.

"Ketika kejadian, saya cuba mengelak, namun jarak kenderaan terlalu dekat," katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Bandar Chiku di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: