Manny Pacquiao berjaya genggam ijazah

Perkongsian Pacquiao di laman Instagramnya kini tular yang meraih 226,957 tanda suka.
Perkongsian Pacquiao di laman Instagramnya kini tular yang meraih 226,957 tanda suka.
A
A
A

FILIPINA - Peninju Filipina, Manny Dapidran Pacquiao atau lebih terkenal dikenali sebagai Manny Pacquiao dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti of Makati.

Perkara tersebut dikongsi Pacquiao di laman Instagramnya yang memaparkan gambar kad pelajar dan beliau telah menerima ijazah tersebut pada majlis konvokesyennya semalam.

Peninju berusia 40 tahun itu turut memuat naik status bahawa beliau berterima kasih kepada pihak universiti yang telah memberinya peluang untuk menuntut ilmu sehingga berjaya memperoleh ijazah sarjana muda.

"Saya akan sentiasa ingat pelajaran dan pandangan yang saya pelajari daripada anda semua. Saya kan sentiasa menghargai keseronokan yang saya alami sepanjang proses pembelajaran saya di universiti ini.

"Saya berterima kasih kepada pihak universiti serta keluarga saya dan ijazah ini buat keluarga saya di samping ini merupakan pencapaian saya paling bermakna yang merupakan impian saya," tulisnya.

Antara reaksi netizen yang mengucapkan tahniah kepada peninju tersebut yang telah menjadi inspirasi kepada masyarakat.
Antara reaksi netizen yang mengucapkan tahniah kepada peninju tersebut yang telah menjadi inspirasi kepada masyarakat.

Dalam pada itu perkongsian Pacquiao di laman Instagramnya kini tular yang meraih 226,957 tanda suka dan rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada peninju tersebut yang telah menjadi inspirasi kepada masyarakat.

"Wow, tahniah sir manny. Semoga Tuhan sentiasa merahmati mu sepertimana kamu telah menjadi inspirasi buat jutaan orang di seluruh dunia. Saya kagum dengan sikap awak," tulis janeth.dasco di Instagram.

Artikel Berkaitan:

luhveli03 pula memberitahu,"tahniah senator manny pacquiao. Awak sememangnya contoh yang baik kepada masyarakat. Saya betul-betul menghormati keperibadian awak. Semoga Tuhan merahmatimu dan keluarga kamu."