De Paula umum sertai kem Perak

De Paula bersama Ahmad Faizal menunjukkan dokumen perjanjian untuk pemain itu beraksi bersama Perak musim depan. - Foto: FB Faizal Azumu
De Paula bersama Ahmad Faizal menunjukkan dokumen perjanjian untuk pemain itu beraksi bersama Perak musim depan. - Foto: FB Faizal Azumu
A
A
A

BEKAS penyerang import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula kini menyertai kem Perak dalam mengharungi Liga Super Malaysia musim depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi lama Facebooknya hari ini.

Menurutnya, teka-teki mengenai kuota pemain import bagi skuad The Bos Gaurus musim depan akhirnya terjawab dengan pengumuman tersebut.

"Penyerang kelahiran Brazil ini telah menandatangani kontrak untuk menyertai skuad The Bos Gaurus baru-baru ini, dalam pertemuan dengan MB Peja yang juga Presiden PAFA.

"De Paula menjadi watak penting membantu skuad The City Boys muncul juara Liga Perdana pada musim 2017 dengan meledakkan 27 gol. Semoga kehadiran De Paula akan menambah bisa jentera serangan The Bos Gaurus!" katanya menerusi Facebook tersebut.

Sementara itu, selain De Paula, dua import dikekalkan iaitu Leandro Dos Santos dan Raianderson Da Costa Morais (Careca) manakala dua lagi pemain import sebelum ini telah digugurkan iaitu Hussein Eldor serta Ronaldo Henrique Silva.

Artikel Berkaitan: