Kami terasa kehilangan

Mohd Akmal (kanan) bersama Mohd Zawawi (tengah) ketika bersama di dalam kepimpinan Pemuda Pas Perak.
Mohd Akmal (kanan) bersama Mohd Zawawi (tengah) ketika bersama di dalam kepimpinan Pemuda Pas Perak.
A
A
A

IPOH - Pemuda Pas Perak mengakui terkesan dengan pemergian bekas Adun Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Abu Hassan, pagi tadi.

Ketuanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, Allahyarham merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Perak selama empat penggal sejak tahun 2008.

Beliau berkata, pemergian Mohd Zawawi satu kehilangan besar buat Pemuda Pas.

"Beliau telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin muda di dalam Pas termasuklah saya, Hafez Sabri dan ramai lagi.

"Kehilangan beliau tiada galang ganti. Jasanya tidak akan dilupakan dan akan terus dikenang Pemuda Pas Perak," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria turut merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau berkata, pemergian Mohd Zawawi disifatkan sebagai satu kehilangan sebutir mutiara perjuangan Pas.

Katanya, Mohd Zawawi pernah menjawat jawatan Setiausaha Pas Perak dan merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan Serai.

Artikel Berkaitan: