X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Dua lelaki Rohingya ditahan pecah rumah

A
A

KULAI - Dua warga Rohingya ditahan kerana terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Teok Garden di sini kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek yang juga lelaki berusia 21 dan 22 tahun ditahan di dua lokasi berasingan sekitar daerah ini antara jam 1 pagi dan 3 petang semalam.

"Hasil siasatan awal, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian pecah rumah berkenaan.

"Polis juga bertindak membuat rampasan beberapa barangan kes berupa wang tunai berjumlah RM562, sehelai resit pajak gadai dan dua helai resit kedai emas yang ditemui bersama suspek," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai kejadian itu, Beng Yeow berkata, usaha mengesan kedua-dua suspek itu dilakukan susulan satu laporan polis dibuat seorang lelaki di Balai Polis Kulai yang mendakwa rumahnya dimasuki pencuri.

"Laporan diterima daripada seorang warga Indonesia yang juga pemastautin tetap (PR) memaklumkan rumahnya telah dipecah masuk dan mendakwa beberapa barangan dan wang tunai telah hilang," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini telah diarahkan menjalani perintah reman untuk membantu siasatan selama 14 hari sehingga 24 Disember depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!