ADUN cadang Perlis keluarkan benih padi sendiri

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KANGAR - Kerajaan Perlis disaran mengeluarkan benih padi sendiri sendiri tanpa perlu bergantung dengan mana-mana agensi.

Cadangan itu diutarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.

Katanya, pesawah mengalami kesukaran mendapatkan bekalan benih padi sejak empat tahun kebelakangan ini.

Cadangan itu turut disokong ADUN Simpang Empat, Datuk Ismail Kasim yang turut menyuarakan soalan sama kepada Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Nurulhisham Yaakob yang mengatakan masalah tersebut seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

Menjawab pertanyaan tersebut, Nurulhisham menjelaskan, kerajaan pada masa akan datang akan terus memperkemaskan kaedah pembekalan benih padi bagi menangani isu tersebut.

"Antara langkah yang diambil ialah sistem pembekalan benih padi akan dikaji semula termasuk memperkenalkan sistem pembekalan baharu lebih baik termasuk pembekalan secara terbuka," katanya.

Tambah Nurulhisyam, pihaknya akan memastikan syarikat yang diberi konsesi sentiasa dipantau bagi memastikan kuota diberikan kepada pesawah adalah sesuai dengan saiz sawah yang dimiliki.

Artikel Berkaitan: