Letusan White Island: Mayat mangsa dikeluarkan esok

Anggota Tentera Udara Diraja New Zealand menyediakan peralatan perubatan dalam misi menghantar pulang rakyat Australia yang cedera. - Foto AFP
Anggota Tentera Udara Diraja New Zealand menyediakan peralatan perubatan dalam misi menghantar pulang rakyat Australia yang cedera. - Foto AFP
A
A
A

WELLINGTON - Polis di New Zealand merancang untuk mengeluarkan lapan mayat individu yang dilaporkan hilang dalam letusan gunung berapi White Island esok.

"Saya kini boleh mengesahkan bahawa kita telah memuktamadkan rancangan untuk mengeluarkan mayat dari tempat kejadian pagi esok," kata Timbalan Pesuruhjaya, John Tims dalam satu kenyataan.

Jurucakap Institut Penyelidikan GNS Science (GNS), Graham Leonard bagaimanapun memberitahu, status gunung berapi kekal sangat tidak menentu.

"Gegaran terus meningkat dan kemungkinan letusan di gunung berapi paling aktif di New Zealand, kira-kira 48km dari bandar Whakatane dalam tempoh 24 jam akan datang telah meningkat 50 hingga 60 peratus," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Letusan White Island: Masih bahaya untuk keluarkan mayat

Letusan gunung berapi di NZ korbankan seorang warga Malaysia

Angka kematian kini meningkat kepada lapan orang selepas dua lagi mangsa cedera dalam letusan Isnin lalu meninggal dunia semalam dengan lapan mangsa hilang turut dianggap terkorban.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Ashley

Artikel Berkaitan:

Bloomfield, 21 pesakit kekal di unit kebakaran di empat hospital di seluruh negara dan 16 daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, tujuh pesakit rakyat Australia telah dihantar ke Sydney dan enam lagi mangsa rakyat negara itu bakal tiba di tanah air dalam 24 jam akan datang. - Agensi