MBSA sedia 235 tong RORO percuma sempena Krismas

Shahrin Ahmad
Shahrin Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) secara percuma sehingga 23 Disember ini bagi memudahkan orang ramai melupuskan sampah pukal sempena perayaan Krismas.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, sebanyak 235 buah tong RORO bersaiz tiga tan akan ditempatkan di sekitar Shah Alam iaitu di Seksyen 2 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga Seksyen U20.

Menurutnya, orang ramai boleh membuang sampah perabot lama seperti almari, sofa, tilam, katil dan barangan elektrik termasuk peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri, telefon bimbit dan sebagainya.

“Perkhidmatan disediakan secara percuma, tong RORO akan ditempatkan di lokasi yang disenaraikan secara berperingkat untuk kemudahan penduduk.

“Pihak majlis berharap penduduk memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal tersebut ke dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih dan selesa,” katanya.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO boleh disalurkan dengan menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA di talian 0355105133 sambungan 1643/1316.

Artikel Berkaitan: