X

Kindly register in order to view this article
!

Cisco Asean mohon maaf

Kenyataan Cisco Asean yang dikeluarkan menerusi platform rasmi Facebook mereka.
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat di mana individu yang menghina bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bekerja telah membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini.

Syarikat Cisco Asean di mana individu berkenaan bekerja dalam kenyataan mereka turut menyatakan bahawa individu berkenaan Eric Liew tidak lagi bekerja di syarikat berkenaan.

"Cisco menghormati tradisi dan undang-undang Malaysia .

"Kenyataan itu dibuat oleh pekerja dalam kapasiti peribadi dan tidak mewakili pandangan Cisco. Kami sangat menyesal di atas kesulitan yang disebabkan olehnya dan kami meminta maaf, dan dia tidak lagi dengan syarikat kami," petik kenyataan Cisco Asean yang dikeluarkan menerusi platform rasmi Facebook mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hina bekas Agong: Syarikat ambil tindakan ke atas Eric]

Kelmarin seorang pemilik akaun Facebook bernama Eric Liew menghina Sultan Muhammad berikutan keputusan bekas Agong meletakkan Jawatannya.

Bagaimanapun Eric memohon maaf terhadap tindakannya itu kemudiannya setelah dikecam netizen.

[ARTIKEL BERKAITAN: Eric Liew mohon maaf hina Sultan Muhammad V]


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus