Artik semakin panas

Kutub Utara antara rantau yang paling terkesan akibat perubahan iklim. - Foto AFP
Kutub Utara antara rantau yang paling terkesan akibat perubahan iklim. - Foto AFP
A
A
A

ARTIK - Rantau di sekitar Kutub Utara kini mengalami tahun kedua terpanas sejak tahun 1900 sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap ais yang semakin mencair dan paras air laut meningkat.

Kutub Utara panas dua kali lebih cepat berbanding planet lain sejak lebih seabad lalu dan sejak enam tahun lalu Artik mencatatkan suhu paling panas di rantau itu.

Menurut Kad Laporan Arktik Agensi Pengurusan Atmosfera dan Laut Nasional Amerika Syarikat (NOAA), suhu purata dalam tempoh 12 bulan hingga September adalah 1.9 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata tahun 1981 hingga 2010.

Litupan ais laut pada akhir musim panas yang diukur pada bulan itu juga merupakan yang kedua terendah dalam rekod satelit 41 tahun.

"2007 adalah tahun aliran air. Ada tahun ia meningkat ada tahun ia menurun, tetapi kita tidak pernah lihat ia kembali seperti tahun sebelum 2007," kata profesor kejuruteraan, Don Perovich.

Pada dua musim sejuk terakhir di Laut Bearing antara Rusia dan Alaska, ais yang semakin menipis membuatkan pesawat tidak dapat mendarat untuk menyampaikan bekalan kepada penduduk Diomede, sebuah pulau kecil di Selat Bearing.

Setiap tahun, ais yang mencair di Greenland sebuah pulau ais terbesar selepas Antartika meningkatkan paras laut dunia sebanyak 0.7 milimeter.

Jika semua ais di Greenland cair atau menjadi bongkah ais, lautan dunia akan naik sebanyak 7.4 meter. - AFP

Artikel Berkaitan: