Nak pencen penuh kena kerja sehingga 64 tahun

Edouard Philippe
Edouard Philippe
A
A
A

PARIS - Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe memaklumkan umur bersara di negara itu kekal pada usia 62 tahun namun pekerja perlu terus bekerja sehingga 64 tahun untuk mendapat wang persaraan penuh.

Menerusi ucapannya hari ini, Philippe berkata, pelaksanaan perubahan pencen itu akan ditangguhkan dan sistem baharu hanya akan dikenakan terhadap mereka yang lahir selepas 1975.

Langkah itu akan mula dilaksanakan untuk pekerja baharu yang memasuki pasaran buruh pada 2022 yang merupakan tahun akhir penggal pemerintahan Presiden Emmanuel Macron.

Pengumuman kerajaan itu dibuat pada hari ketujuh mogok pengangkutan dan protes yang masih melanda seluruh bandar di Perancis.

Di Paris, pihak berkuasa memberitahu, kesesakan lalu lintas berlaku sepanjang 460 kilometer selain dua laluan perkhidmatan metro juga ditutup.

Keadaan itu menyebabkan pengguna terpaksa berkongsi motosikal dan skuter untuk ke tempat kerja.

Difahamkan, kebanyakan pengguna di Perancis masih menyokong mogok itu walaupun berdepan situasi tegang seperti itu berikutan ramai yang bimbang wang pencen mereka akan dikurangkan di bawah rancangan Macron. - Agensi

Artikel Berkaitan: