PRK Cameron Higlands: Peluang BN-PH hampir sama

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - PH dan BN mempunyai peluang hampir sama untuk menang di kerusi Cameron Highlands pada PRK Parlimen itu, 26 Januari ini.

Penganalisis sosiopolitik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat, peluang hampir sama antara kedua-dua mereka itu didasari oleh beberapa perkara.

Jelasnya, antaranya sekiranya DAP meletakkan calon Melayu maka kemungkinan PH boleh menang memandangkan pengundi Melayu mempunyai 34.24 peratus manakala pengundi Cina pula mempunyai 32.29 peratus.

"Namun DAP meletakkan calon etnik india. Ini akan jadi sebuah penilaian politik etnik sama ada isu etnik masih relevan atau tidak dalam PRK ini," katanya kepada Sinar Harian.

Pada PRK Cameron Hinglands kali ini PH meletakkan Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M Manogaran sebagai calon mereka.Sementara itu BN, belum menamakan calonnya.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, sekiranya MIC bertanding pengundi india ialah sebanyak 12.48 peratus dan tidak cukup ramai untuk memenangkan MIC di kerusi berkenaan.

"Pada PRU14 Mei lepas, pengundi Melayu dan Umno ramai menyokong calon MIC dan ini menyebabkan calon BN menang walaupun tipis.

"Kali ini terdapat perpecahan dalaman umno dan ramai ahli umno sokong Bersatu. Ini menjejaskan sokongan kuat terhadap BN," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, kecualilah calon BN memastikan kerjasama kuat umno dan MIC untuk menangi PRK ini dan kali ini Pas dilihat mahu membantu

kempen melawan DAP dan PH maka BN boleh berpeluang untuk menang dalam PRK ini.

Dalam pada itu katanya, sekiranya BN memanfaatkan dengan menggunakan isu-isu semasa seperti PH tak dapat tunai manifesto PRU14 lepas, isu

PTPTN, kos hidup masih meningkat, mansuh GST dan gantikan SST tapi gagal turunkan harga barang misalnya maka BN boleh menang.

"Kini BN menjadi pembangkang yang lemah selepas banyak komponen keluar BN dan ramai pemimpin umno keluar parti," jelasnya.

Katanya lagi, situasi ini akan sukarkan semangat BN untuk gempurkan PH.

"Apabila Sivaraji tidak boleh menjadi calon, peluang BN semakin tipis, namun pemimpin akar umbi MIC yang bakal jadi calon pasti juga sudah

dikenali kerana sudah lama berkhidmat di kawasan," katanya.

Jelasnya apa-apa pun yang pasti, calon bertanding, MIC dan BN perlu berkempen lebih berganda khususnya tertumpu kepada undi Melayu dan

Orang Asli serta India sendiri dari rumah ke rumah.

"Undi Cina lazimnya sudah membuat keputusan dan pendirian serta sukar diubah pendirian politik mereka.

"Kedudukan BN dan PH setakat ini ialah BN 51:PH 49. Namun pola sokongan ini boleh berubah mengikut hari dan corak kempen PRK nanti,"

katanya.

Pada 4 Jun lepas, calon PH M Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan bahawa keputusan PRU14 pada 9 Mei lalu bagi kerusi

Parlimen Cameron Highlands yang disandang Datuk C Sivarraajh dari MIC terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Berikutan itu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan pilihan raya berkenaan terbatal.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 Disember lepas mengesahkan Sivarraajh yang merupakan Naib Presiden MIC itu tidak

layak bertanding dalam PRK berkenaan.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran dan tiga calon

lain.