[VIDEO] Terima RM207,767 sempena bonus Krismas
MARYLAND - Seramai 198 pekerja sebuah syarikat hartanah di Maryland, Amerika Syarikat menerima bonus berjumlah RM207,767 sempena sambutan Krismas pada 25 Disember depan.
Pengumuman menggembirakan itu dibuat ketika majlis makan malam syarikat tersebut yang turut menyerahkan sampul merah sebagai kejutan buat mereka.
Semua kakitangan terkejut setelah menerima sampul merah yang berisi wang bonus buat mereka.
Reaksi mereka yang dirakam kini tular di media sosial, lapor Daily Star yang memetik sumber.
Video yang berdurasi 2 minit dan 35 saat itu memaparkan kakitangan terbabit terkejut kegembiraan.
Syarikat St John Properties dalam kenyataannya berkata, bonus tersebut diberikan kerana pekerja berjaya mencapai sasaran syarikat apabila mampu mencapai jualan sehingga 20 juta kaki persegi yang merentasi lapan negeri di Amerika Syarikat.
“Saya berterima kasih kepada semua pekerja atas dedikasi dan usaha keras yang mereka curahkan.
“Untuk meraikan pencapaian sasaran kita, kami mahu memberi ganjaran kepada semua kakitangan dalam cara yang cukup besar supaya ia dapat memberi impak positif dalam kehidupan mereka,” katanya.
Netizen kongsi kisah kena 'scam' nak cium hajarulaswad
Tuan rumah dari 'syurga'
Penunggang motosikal cedera 'dilanggar' pejalan kaki
Keletah lucu warga Bangladesh menari tepi jalan curi perhatian
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Ada penduduk sempat kutip beras
Pelajar maut rentas desa: Pihak guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman
Puluhan kampit beras, tepung, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah