Anwar tidak perlu beri penjelasan isu video intim

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu memberi sebarang penjelasan kepada rakyat berkaitan kes video intim mengaitkan pemimpin parti itu yang tular baru-baru ini.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman berkata, Anwar juga tidak perlu melayan desakan seorang lagi Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Yunus yang mendesak Ahli Parlimen Port Dickson itu memberi penjelasan berkaitan kes berkenaan.

“Sebaliknya yang perlu tampil memberi penjelasan, membela diri dan menepis fitnah tersebut adalah pemimpin yang terkait itu sendiri.

“Nazree sepatutnya menasihati pemimpin terbabit untuk tampil membela diri dan membersihkan namanya.

“Bukan sekadar berceramah retorik tanpa sebarang tindakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Nazree dalam satu kenyataan hari ini menggesa Anwar memberikan penjelasan mengenai kenyataan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung pendiriannya mengenai satu video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau turut membangkitkan satu persoalan adakah Anwar mempercayai dakwaan video itu dan menuntut penjelasan daripada beliau.

Dalam pada itu, Syed Badli Shah berkata, gesaan sebegitu timbul apabila Zuraida secara terbuka mengkritik Anwar dalam penceritaan kisah video intim yang tular itu.

Artikel Berkaitan:

“Saya berpandangan Zuraida telah melebihi batas etika seorang pemimpin apabila secara terbuka menyerang presiden dan memboikot kongres nasional parti.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Anwar perlu beri penjelasan kenyataan Zuraida'

“Tindakan beliau ibarat seperti duri dalam daging kepada PKR. Justeru itu saya menyokong saranan Ketua Penerangan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin supaya biro disiplin mengambil tindakan tegas terhadap Zuraida,” katanya.

Shamsul Iskandar menggesa Lembaga Disiplin PKR mengambil tindakan tegas terhadap Zuraida kerana melanggar etika dan disiplin parti, dengan lantang mencaci serta menghina kepimpinan parti.

Ia termasuklah perkara seperti membongkar beberapa perkara kononnya merupakan perbualannya dengan Anwar sewaktu berucap ketika Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.