Indonesia rugi RM21.6 bilion akibat kebakaran hutan

Seorang penduduk kampung cuba memadamkan kebakaran di sebuah perkampungan di Kampar, Riau pada September lalu. - Foto: AFP
Seorang penduduk kampung cuba memadamkan kebakaran di sebuah perkampungan di Kampar, Riau pada September lalu. - Foto: AFP
A
A
A

JAKARTA - Jumlah kemusnahan dan kerugian ekonomi akibat daripada kebakaran hutan di Indonesia pada tahun ini menelan kos sekurang-kurangnya AS$5.2 bilion (RM21.6 bilion) bersamaan 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP), menurut laporan Bank Dunia hari ini.

Anggaran itu dibuat berdasarkan penilaian yang dilakukan terhadap lapan wilayah yang terjejas dari bulan Jun hingga Oktober lalu walaupun kebakaran itu didakwa terus berlaku sehingga bulan lalu.

"Kebakaran hutan dan tanah pertanian yang telah mencetuskan jerebu teruk memberi impak besar kepada ekonomi dan dianggarkan menyebabkan kemusnahan secara terus sebanyak AS$157 juta (RM653 juta) terhadap aset dan kerugian berjumlah AS$5 juta (RM21 juta) kepada kegiatan ekonomi," menurut laporan dibuat penganalisis bank multinasional terbabit.

Difahamkan, lebih 942,000 hektar tanah pertanian dan hutan dilaporkan musnah dalam kebakaran pada tahun ini dan merupakan kemusnahan terbesar sejak 2015.

Selain itu, lebih 900,000 individu didakwa mengalami masalah pernafasan, 12 lapangan terbang antarabangsa terpaksa menghentikan operasi dan ratusan sekolah di Indonesia, Malaysia dan Singapura juga ditutup sementara akibat krisis serantau itu yang turut mencetuskan pertikaian diplomatik. - Agensi

Artikel Berkaitan: