Proton X70 sebagai kenderaan rasmi APEC 2020

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Proton X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C premium paling popular di Malaysia, dipilih menjadi antara kenderaan rasmi bagi persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Dr Li Chunrong berkata, model tersebut akan digunakan untuk menyokong forum sepanjang tahun itu yang mempromosikan kerjasama ekonomi di rantau Asia-Pasifik.

“Proton berbesar hati menyokong Malaysia yang menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak APEC 2020.

“Berasaskan ciri-ciri pintar, pengendalian yang mantap serta penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kenderaan Baharu ASEAN (ASEAN NCAP), kami percaya Proton X70 boleh mencerminkan kerjasama erat antara negara-negara melalui persidangan seperti APEC untuk menaik taraf antara satu sama lain sekali gus meningkatkan keupayaan keseluruhan industri dan ekosistem sokongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Proton, delegasi dari 21 ekonomi akan melawat Malaysia sepanjang 2020 memandangkan jawatankuasa dan kumpulan kerja di bawah APEC akan membincangkan pelbagai isu ke arah penyepaduan ekonomi serantau.

Perbincangan mengenai liberalisasi perdagangan dan pelaburan juga dipertingkat dengan menangani isu-isu antaranya mengenai penerimaan pendigitalan, memperkukuhkan usaha pembangunan modal insan, meningkatkan pemerkasaan wanita. - Bernama

Artikel Berkaitan: