Pemasangan paip punca laluan mendap

Kerja penyelenggaraan yang dijalankan.di Seksyen 3.0 Jalan Pasir Putih-Lahat.
Kerja penyelenggaraan yang dijalankan.di Seksyen 3.0 Jalan Pasir Putih-Lahat.
A
A
A

IPOH - Kerja-kerja pemasangan paip pembentungan yang dijalankan sebuah syarikat kontraktor menjadi punca laluan di Seksyen 3.0 Jalan Pasir Putih-Lahat di sini mendap mengakibatkan jalan itu ditutup sementara sejak tengah hari tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 1 tengah hari itu, berlaku mendapan seluas tiga meter dengan kedalaman tiga meter di laluan menghala ke Lahat berhampiran Jambatan Sungai Kinta, Pengkalan Ipoh.

Kejadian turut menyebabkan puluhan kereta terkandas dan aliran trafik menghala ke Lahat sesak lebih dua kilometer.

Tambakan lubang dilakukan sebelum laluan boleh dibuka kepada pengguna jalan raya.
Tambakan lubang dilakukan sebelum laluan boleh dibuka kepada pengguna jalan raya.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata, aliran trafik telahpun dialihkan ke lorong bertentangan oleh polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Kerja tambakan lubang sedang dilaksanakan mengikut spesifikasi jalan JKR, berdasarkan siasatan awal punca kejadian adalah disebabkan ada aktiviti kerja pipe jacking di kawasan berhampiran itu," katanya.

Menurutnya, laluan akan dapat dibuka lewat petang hari ini juga.

"Kejadian ini tidak melibatkan kecederaan atau kerosakan harta awam," katanya.

Artikel Berkaitan: