Sakit gout buka pintu rezeki

Norazizi tidak menyangka buah delima kini jari sumber pendapatan sampingannya.
Norazizi tidak menyangka buah delima kini jari sumber pendapatan sampingannya.
A
A
A

SEREMBAN - Pernah derita akibat gout, seorang lelaki tidak menyangka penyakit dihidapinya sejak empat tahun lalu kini beransur pulih setelah mengamalkan makan buah delima.

Kini buah itu bukan sekadar menjadi ‘ubat’ sampingan, malah sumber pendapatan tambahan buat Norazizi A Azizi, 38, sekeluarga.

Bercerita lanjut mengenai penyakit dihidapi, Norazizi yang bekerja sendiri berkata, dia mula menyedari khasiat delima setelah makan buah berkenaan hasil pemberian rakannya yang dibeli dari Mesir.

“Sebelum ini saya bergantung kepada ubat, bagaimanapun penyakit saya tidak pulih menyebabkan saya cuba cari alternatif lain.

“Bila makan buah delima saya rasa kesihatan makin pulih dan sejak itu saya terus amalkannya. Pada masa sama saya turut menjualnya sejak dua tahun lalu dan kongsi khasiatnya dalam, pulihkan sakit gout,” katanya.

Norazizi berkata, tempurung lutut isterinya yang retak setelah terjatuh dari tangga turut beransur sembuh selepas amalkan makan buah yang sama.

“Betullah orang cakap buah delima banyak khasiat. Saya perlu kongsi pengalaman kami ini,” katanya.

Pelanggan Norazizi dari seluruh Negeri Sembilan.
Pelanggan Norazizi dari seluruh Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan:

33,000 buah delima dijual

Sementara itu katanya, dalam tempoh sebulan sebanyak 33,000 biji buah terjual dengan harga RM55 sekotak untuk 11 biji.

Bagi mendapatkan bekalan, dia akan membelinya daripada pemborong di Klang, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Dalam tempoh sehari saya muat naik gambar buah delima di Facebook, ramai pula kawan yang bertanya mana nak beli.

“Dari kawan-kawan, mula merebak kepada orang lain bukan saja dari Negeri Sembilan, tapi juga Perlis dan Terengganu. Biasanya mereka akan beli berkotak-kotak,” katanya.

Namun katanya, dia hanya akan menjual buah delima dari negara Timur Tengah walaupun harganya sedikit mahal berbanding buah delima dari negara lain.

Perbezaannya Norazizi berkata, delima dari negara itu lebih cantik dan subur.

“Memang orang boleh beli buah ini di mana-mana pun, tapi biasanya orang nak cari yang import dari Timur Tengah.

“Kalau negara kita terkenal dengan akar kayu untuk perubatan tradisional, negara Arab pula buah delima. Jadi, anda fahamkan khasiatnya,” katanya.