Tiga ADUN PH cadang wujud pegawai SPRM di Pejabat MB Perlis

Azlan Man
Azlan Man
A
A
A

KANGAR - Cadangan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) menempatkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat Menteri Besar (MB) Perlis perlu dikaji semula.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, pejabat menteri besar tidak menguruskan projek dan pegawai berkenaan lebih sesuai ditempatkan di pejabat yang membabitkan projek.

"Pejabat MB bukan uruskan projek, jadi letakkan pegawai SPRM di pejabat menteri lain yang menguruskan projek," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks Dun hari ini.

Azlan turut memberi maklum balas berkaitan cadangan sidang DUN untuk dijalankan secara langsung.

"Kita akan tengok juga nanti sebab sekarang fasiliti kurang memuaskan lagi. Contohnya hari ini kita mengalami gangguan audio.

"Kita kena perbaiki dulu perkara ini. Saya tidak mahu nanti apabila masalah berlaku selepas perkara ini dilaksanakan," katanya.

Artikel Berkaitan: