Lelaki terjun sungai dikhuatiri lemas

Operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keempat sejak mangsa dikhuatiri lemas pada petang Ahad.
Operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keempat sejak mangsa dikhuatiri lemas pada petang Ahad.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Nal, Kampung Batu Jong di sini sejak petang Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa, Wan Iskandar Wan Ismail, 24, beralamat di Kampung Batu Jong sedang giat dijalankan.

Menurutnya, selain polis, operasi tersebut turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit Amal dan orang awam.

"Pada petang Ahad kira-kira jam 5.30 petang, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan terbabit sebelum terserempak dengan mangsa dalam keadaan mencurigakan.

"Mangsa bertindak melarikan diri menggunakan motosikal dan menghala ke dalam ladang kelapa sawit sebelum meninggalkan motosikal di satu kawasan dan bertindak terjun sungai terbabit apabila dihampiri anggota polis," katanya.

Menurutnya, mangsa sempat mencampakkan telefon dan kotak rokok berisi empat biji pil kuda ke kawasan berhampiran sebelum terjun ke sungai.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: