Penganggur didakwa rotan, ugut isteri

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini.
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tuduhan mengugut dan menyimbah asid kepada isterinya.

Tertuduh, Mohd Saliheen Bakar, 35, membuat pengakuan itu ketika di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya yang berusia 32 tahun dengan cara merotan mangsa dengan rotan sepanjang satu meter di sebuah rumah di Kampung Padang Temu di sini pada jam 2 pagi, 17 November lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu jika sabit kesalahan.

Selain itu, bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa yang juga seorang pembantu kedai makan dengan cara mengugut untuk membunuh dan menyimbah asid di alamat, tempat dan masa yang sama.

Bagi kesalahan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 506 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: