Syed Saddiq selamat jalani pembedahan, perlu ruang untuk berehat

Laman Twitter Syed Saddiq.
Laman Twitter Syed Saddiq.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengalami radang apendiks selamat menjalani pembedahan hari ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Belia dan Sukan, pembedahan tersebut berjalan lancar dan Syed Saddiq kini dalam keadaan stabil.

“Kami memohon beliau diberikan ruang untuk berehat dalam tempoh pemulihan ini. Tiada pelawat dibenarkan buat seketika waktu,” menurut kenyataan tersebut.

Khabar terbaru itu pasti mengejutkan ramai pihak kerana beliau dilihat sihat ketika bersorak untuk atlet Malaysia dalam kejohanan Sukan SEA ke-30 di Filipina baru-baru ini.

Bahkan, laman Twitter beliau juga aktif memuat naik kejayaan atlet-atlet Malaysia dalam kejohanan tersebut.

“Emas dari jaguh Lompat Kijang negara, Hakimi Ismail! Emas hatrik bagi beliau di Kejohanan Sukan Sea. Tahniah Hakimi!” katanya 18 jam lalu.

Artikel Berkaitan: