Pas Pahang bantu PRK Cameron Highlands

andasura
andasura
A
A
A

KUANTAN – Persediaan rapi Pas Pahang bagi membantu pembangkang memenangi kerusi PRK Cameron Highlands yang dijadualkan pada 21 Januari depan, berjalan lancar.

Timbalan Pesuruhjayanya, Andansura Rabu berkata, bagaimana pun tindakan lanjut tertakluk kepada arahan Pas Pusat terutama mengenai pergerakan jentera kempen yang akan turun ke daerah tersebut.

“Soal jentera belum diputuskan. Pas masih menunggu arahan dari Pas Pusat.

"Buat masa ini kita mengambil ketetapan awal iaitu tidak meletakkan calon dan cuba membantu pihak pembangkang supaya kita boleh menang kerusi pembangkang di Cameron Highlands,” katanya.

Mengulas mengenai calon-calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen tersebut, Andansura berkata, ia terpulang kepada sesiapa dan dari mana sahaja.

“Mana-mana individu yang layak dia boleh bertanding dan bagi Pas tiada masalah. Sesiapa sahaja boleh bertanding,” katanya.

Pada Disember lalu, SPR menetapkan PRK P078 Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Januari.

Tarikh mengundi awal pula ditetapkan pada 22 Januari.

Artikel Berkaitan: