Pasukan hoki dalam dewan wanita berjaya balas dendam

Pasukan hoki dalam dewan wanita negara akhirnya berjaya membalas dendam terhadap Thailand selepas mengalahkan juara bertahan Sukan SEA Kuala Lumpur, Thailand dengan mengalahkan mereka 2-0 menerusi ‘shoot-out’ pada perlawanan akhir di LB Centre Mall and Convention Centre, South Luzon hari ini.
Pasukan hoki dalam dewan wanita negara akhirnya berjaya membalas dendam terhadap Thailand selepas mengalahkan juara bertahan Sukan SEA Kuala Lumpur, Thailand dengan mengalahkan mereka 2-0 menerusi ‘shoot-out’ pada perlawanan akhir di LB Centre Mall and Convention Centre, South Luzon hari ini.
A
A
A

PASUKAN hoki dalam dewan wanita negara akhirnya berjaya membalas dendam terhadap Thailand selepas mengalahkan juara bertahan Sukan SEA Kuala Lumpur, Thailand dengan mengalahkan mereka 2-0 menerusi ‘shoot-out’ pada perlawanan akhir di LB Centre Mall and Convention Centre, South Luzon hari ini.

Selepas tewas di gelanggang sendiri pada 2017, pasukan itu bertekad merampas kembali pingat emas di Manila, namun kedudukan terikat 1-1 pada waktu permainan sebenar tamat.

Pada perlawanan tersebut, Thailand berjaya mendahului pada minit ke-15 menerusi gol Tikhamporn Sakulpithak, namun Qasidah Najwa Muhamad Halimi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-32.

Pada ‘shoot-out’, pukulan Wan Norfaiezah dan Nuraini Rashid tepat memasuki gol, namun Tikhamporn dan Anongsat Piresram masing-masing gagal melepasi penjaga gol Malaysia Farah Ayuni Yahya.

“Selepas apa yang berlaku pada 2017 apabila Thailand dan Indonesia bermain untuk mengeluarkan kami pada perlawanan terakhir mereka apabila Thailand kalah 0-2 dalam perlawanan peringkat kumpulan masih dalam ingatan kami.

“Hari ini kami menguasai permainan, dapat lima pukulan sudut penalti, tetapi dibazirkan akibat tahanan dan tolakan bola yang kurang baik. Tetapi kami tetap bergerak untuk mencari gol penyamaan dan berjaya menyamakan kedudukan, beberapa minit sebelum masa penamat,” kata jurulatih pasukan Muhammad Dharma Raj Abdullah ketika dihubungi.

Pada separuh akhir semalam, Malaysia membelasah pasukan tuan rumah Filipina 16-0 untuk layak ke perlawanan akhir manakala Thailand mengalahkan Singapura 4-0. Singapura dan Filipina kedua-duanya menang pingat gangsa.

Ketika hoki dalam dewan dipertandingkan di Sukan SEA dua tahun lepas, pasukan hoki dalam dewan wanita negara terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas menduduki tempat ketiga pada peringkat kumpulan berikutan seri dengan Indonesia 1-1 dan menang 3-0 dengan Thailand.

Artikel Berkaitan:

Malaysia menang gangsa selepas mengalahkan Singapura 3-1. - Bernama