Hutang awam kerajaan Perlis menurun

Azlan (kanan) tekun melihat kandung teks ucapan bajet 2020 negeri Perlis
Azlan (kanan) tekun melihat kandung teks ucapan bajet 2020 negeri Perlis
A
A
A

KANGAR - Pelaksanaan proses hapus kira hutang sebanyak RM140.88 juta oleh Kerajaan Pusat membantu Kerajaan Negeri Perlis menurunkan jumlah keseluruhan hutang awam kepada RM268.82 juta tahun ini berbanding RM343.16 juta pada 2013.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, hutang itu antaranya membabitkan pinjaman dalam sektor bekalan Air, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKENPS) dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR).

Katanya, walaupun ada tambahan beberapa pinjaman baharu namun jumlah hutang awam kerajaan negeri masih mencatatkan penurunan.

“Kesemua itu adalah jumlah terkini dan tidak mengambil kira jumlah potongan yang kita lakukan," katanya ketika sidang media di Kompleks Dun hari ini.

Tambah Azlan, kerajaan negeri turut berusaha melunaskan sebanyak RM30.68 juta hutang sepanjang tempoh tujuh tahun sejak 2013.

"Kita juga merancang untuk membayar RM3 juta lagi hutang awam di bawah sektor PKENPS, tahun ini," katanya.

Artikel Berkaitan: