X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita terakam aksi lelaki 'skodeng' di tandas awam

Aksi lelaki mengintai sempat dirakam wanita itu.
A
A

BANGKOK - Seorang wanita mengalami detik cemas apabila secara tidak sengaja merakam lelaki yang cuba mengintainya ketika berada di dalam tandas awam.

Rakaman video durasi 8 saat itu dimuat naik menerusi akaun Facebook Orathai hingga mendapat perhatian netizen dan mencecah 397,000 tontonan di media sosial.

Dia dikatakan menggunakan tandas awam di sebuah stesen minyak menyedari pintu tandas mempunyai lubang agak besar di bahagian bawah pintu.

Ingin mengetahui apa yang berlaku, wanita itu menggunakan kameranya untuk melihat dan tanpa disangka dia terakam seorang lelaki berjalan masuk ke dalam tandas dan mencangkung mengintainya dari lubang tersebut.

Panik melihat wanita itu merakam aksinya, lelaki itu berlari keluar.

Wanita berkenaan juga menghubungi rakan lelakinya sejurus kejadian kerana bimbang perkara lebih buruk berlaku.

"Saya menggigil lepas benda ini terjadi, apatah lagi stesen itu sunyi. Jadi saya tunggu rakan lelaki datang sebelum keluar dari tandas.

"Saya bimbang jika saya keluar seorang diri, mungkin saya boleh dirogol atau dibunuh," katanya.

Orathai turut meminta wanita untuk lebih berhati-hati semasa menggunakan tandas awam.