Polis kesan Mohamad Nasir dan John Arunpandian

John Arunpandian dan Mohammad Nasir
John Arunpandian dan Mohammad Nasir
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Selangor mengesan dua orang saksi untuk hadir ke Mahkamah Seksyen 13, dan Mahkamah Majistret 1, Shah Alam.

Menurut kenyataan media, saksi itu dikenali sebagai Mohammad Nasir, 25, merupakan warga Bangladesh dan John Arunpandian, 24, warga India.

Mohammad Nasir perlu hadir memberi keterangan untuk kes cubaan bunuh di Mahkamah Seksyen 13, Shah Alam sebelum atau pada 10 Januari 2020.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung saksi ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden, Yong Meng Heng di talian 0195753399.

John Arunpandian pula perlu hadir memberi keterangan untuk kes di bawah Seksyen 323/342 Kanun Keseksaan di Majistret 1, Shah Alam pada 29 Januari dan 13 Februari 2020.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung saksi ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor di talian 0162398565.

Artikel Berkaitan: