Tak pasal kena angkut

Tindakan dikenakan kepada pengusaha dan pemilik kereta yang degil yang bertindak meletakkan kenderaan usang mereka sewenangnya.
Tindakan dikenakan kepada pengusaha dan pemilik kereta yang degil yang bertindak meletakkan kenderaan usang mereka sewenangnya.
A
A
A

SHAH ALAM - Anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terpaksa menunda kenderaan usang yang dibiarkan segelintir pengusaha bengkel yang tidak bertanggungjawab di Kawasan Perindustrian Saujana Indah, Seksyen U2 di sini.

Tindakan itu dilakukan selepas pengusaha bengkel degil yang enggan mengalihkan meskipun sudah diberikan notis pemberitahuan sebelum ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kenderaan terbabit ditunda dalam operasi pembersihan dilakukan hasil pemantauan dilakukan selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Kita menerima aduan terdapat premis di sini tidak mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan MBSA termasuk tidak menjaga kebersihan, meletakkan tong roro dan kabin tanpa kebenaran dan membuat tambahan binaan bangunan tanpa kebenaran

"MBSA juga mendapati banyak kenderaan rosak diletakkan di tempat letak kenderaan di kawasan tersebut sehingga mencacatkan pemandangan dan menyukarkan kerja-kerja pembersihan dijalankan," katanya.

Tindakan dikenakan kepada pengusaha dan pemilik kereta usang yang degil yang bertindak meletakkan kenderaan usang mereka sewenangnya.
Tindakan dikenakan kepada pengusaha dan pemilik kereta usang yang degil yang bertindak meletakkan kenderaan usang mereka sewenangnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas operasi berkenaan di kawasan perindustrian Saujana Indah di sini hari ini.

Menurutnya, kenderaan terbabit juga berpotensi menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa serta tempat takungan air yang boleh mengundang pembiakan nyamuk.

Artikel Berkaitan:

"MBSA membersihkan kawasan, menarik tong-tong roro dan kabin tanpa kebenaran, merobohkan struktur binaan tanpa kebenaran serta menunda kenderaan buruk yang tersadai di kawasan tersebut," katanya.

Shahrin
Shahrin

"Kenderaan ditunda dibawa ke depoh MBSA dan selain daripada kawasan perindustrian di Seksyen U2 ini, kita juga akan menjalankan operasi di Kawasan Perindustrian Seksyen U5," katanya.

Katanya, operasi itu dilakukan dengan kerjasama jabatan dalaman MBSA termasuk jabatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, jabatan kejuruteraan dan jabatan kesihatan persekitaran.

"Penguat kuasa termasuk polis, anggota Jabatan Alam Sekitar Selangor dan Jabatan Imigresen Selangor juga terlibat dalam operasi ini.

Operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan Jabatan Imigresen Negeri Selangor.
Operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan Jabatan Imigresen Negeri Selangor.