Protes campur tangan lantikan MPKK

Sebahagian Ahli Bersatu melakukan protes di depan Pejabat Penyelaras Dun Bayu semalam.
Sebahagian Ahli Bersatu melakukan protes di depan Pejabat Penyelaras Dun Bayu semalam.
A
A
A

BALING - Sebahagian Ahli Bersatu mendakwa senarai asal lantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di daerah ini telah dirombak pihak tertentu.

Ketua Armada Baling, Abdul Ghafar Shuib berkata, senarai 108 nama MPKK yang dipersetujui dan ditandatangani bagi tiga kawasan Dun telah dihantar namun ditukar.

"Borang yang kami hantar tidak diterima tetapi borang telah dirombak diterima pula. Masalah seperti inilah yang menjadi kelewatan lantikan MPKK.

"Paling banyak diubah ialah nama dari Bersatu dan sebilangan nama daripada PKR," katanya pada sidang media di Pejabat Penyelaras Dun Bayu, di sini, semalam.

Terdahulu, protes dibuat beberapa ahli dengan mengangkat sepanduk bantahan di depan Pejabat Penyelaras Dun Bayu.

Beliau berkata, nama-nama mereka yang berjuang bersama PH sebelum PRU telah diganti dengan ahli Umno yang baru sertai Bersatu.

"Kita nak tolak budaya Umno. Nama-nama dipilih sekarang semua nama orang yang hentam kita dulu tetapi dilantik," katanya.

Abdul Ghaafar berkata, proses lantikan hanya boleh dibuat Penyelaras Dun dan Adun bukannya pihak lain.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, bantahan akan terus dibuat sekiranya masalah tersebut tidak diselesaikan.

"Kita tengok di bahagian lain pengurusan MPKK telah selesai. Tetapi di Baling jadi lewat sebab ada campur tangan," katanya.