Hasil harumanis merosot

Harumanis

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KANGAR - Peratus kemenjadian mangga harumanis menurun tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Nurulhisham Yaakob berkata, antara faktor yang mempengaruhi kemenjadian buah yang rendah ialah perbezaan antara suhu siang dan malam, kurang agen pendebungaan, serangan antraknos pada peringkat bunga dan cuaca yang kurang baik.

"Bagi mengatasi masalah kualiti buah itu, Jabatan Pertanian telah mengambil beberapa langkah penyelesaian seperti mengelak daripada mengambil tempahan ketika musim kritikal atau cuti umum," katanya bagi menjawab soalan Gan Ay Ling (PKR - Indera Kayangan) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke 14 di Kompleks Dun hari ini.

Beliau berkata, jumlah pengeluaran mangga harumanis Jabatan Pertanian tahun ini ialah sebanyak 15.59815 tan metrik dengan nilai sebanyak RM257, 938.90.

Tambah Nurulhisham, pengeluaran buah harumanis yang berkualiti merupakan fokus utama kerajaan negeri.

"Justeru beberapa langkah telah diambil bagi memastikan mangga yang dikeluarkan oleh petani di Perlis berkualiti, selamat dimakan dan berorientasikan eksport," katanya.

Selain itu katanya, Jabatan Pertanian juga dipertanggungjawabkan untuk membimbing dan memberi pengetahuan kepada petani mangga harumanis melalui kursus dan latihan.

Artikel Berkaitan: