Perangi rasuah untuk memelihara masa depan

 Jufitri
Jufitri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyeru dan merayu agar belia dan rakyat Malaysia bersungguh-sungguh dalam memerangi rasuah.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, memerangi rasuah merupakan komitmen untuk memelihara masa depan yang baik untuk generasi muda.

"MBM menyambut baik sebarang usaha pencegahan melalui undang-undang termasuk cadangan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang mahu menempatkan pegawai kanan SPRM di pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi memperkukuhkan amalan integriti dan mencegah rasuah.

"Belia pula diingatkan untuk meningkatkan iltizam dalam memperkukuhkan integriti, mengamalkan gaya hidup sederhana di samping mendidik diri agar jijik dengan rasuah yang boleh merosakkan negara dan masa depan generasi muda," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga menggesa peranan Institut Integriti Malaysia (Integriti) diperkukuhkan semula bagi menyokong usaha untuk memerangi rasuah di negara ini.

Seruan MBM ini susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pada Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2019 di Presint 8, Putrajaya Sabtu lepas yang mendedahkan separuh kes rasuah di negara ini pada 2019 membabitkan penjawat awam.

Latheefa juga berkata, 53.4 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan SPRM bagi tempoh 2014 hingga Jun tahun ini adalah golongan muda berusia 40 tahun ke bawah. - Bernama

Artikel Berkaitan: