Sanna Marin PM termuda di dunia

Sanna Marin menjadi perdana menteri termuda Finland.
Sanna Marin menjadi perdana menteri termuda Finland.
A
A
A

HELSINKI - MenteriPengangkutan dan Komunikasi Finland, Sanna Marin menjadi perdana menteri termuda di dunia selepas diangkat menggantikan penyandang sebelum ini, Antti Rinne.

Pemilihan Marin, 34, susulan undian dilakukan Majlis Parti Demokratik Sosial (SDP) kelmarin dan keputusannya diumumkan menerusi siaran televisyen nasional.

Dalam pemilihan itu, Marin mengatasi Pengerusi Kumpulan Anggota Parlimen SDP, Antti Lindtman menerusi undian 32-29.

Jawatan perdana menteri kosong apabila Rinne meletak jawatan selepas mendapat usul undi tidak percaya gara-gara gagal menguruskan masalah mogok pekerja pos negara itu.

Konfederasi Industri Finland menganggarkan mogok kali ini akan mengakibatkan kerugian kepada syarikat-syarikat terlibat sebanyak 500 juta Euro (RM2.3 bilion).

Sebelum ini, Marin juga timbalan pengerusi SDP memimpin parti itu semasa Rinne melanjutkan cuti sakitnya pada musim sejuk lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: