Amaran cuaca waspada di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga 12 Disember.

Kawasan yang terjejas di Sarawak adalah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei dan Mukah manakala di Sabah kawasan yang terjejas adalah Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.

Menurut kenyataan MET Malaysia lagi, amaran cuaca peringkat waspada turut dikeluarkan di kawasan Rompin, Pahang dan beberapa kawasan di Johor iaitu Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, dengan hujan lebat dijangka berlaku sehingga hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: