Tun M beri 5 bintang filem Ejen Ali

Ejen Ali The Movie mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta pada hari pertama tayangan pada 28 November lalu.(Paparan Instagram @chedetofficial)
Ejen Ali The Movie mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta pada hari pertama tayangan pada 28 November lalu.(Paparan Instagram @chedetofficial)
A
A
A

FILEM animasi Ejen Ali The Movie yang berjaya memungut RM6.4 juta selepas tiga hari tayangan di 162 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak terkecuali, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali apabila berpeluang menonton filem tersebut malam tadi di Pavilion, Kuala Lumpur.

Menerusi entri Instagram rasmi @chedetofficial, Tun Dr Mahathir memuji filem hasil kreatif Wau Animation itu kerana setanding dengan filem keluaran antarabangsa yang menggunakan teknologi tinggi.

"Rakyat Malaysia boleh berbangga dengan mutu dan kualiti filem ini. Saya bagi lima bintang!," tulisnya.

Perkongsian itu membuatkan rakyat teruja untuk menonton filem tersebut yang bukan sahaja menjadi kegilaan kanak-kanak tetapi pelbagai peringkat usia.

Sebelum ini, Ejen Ali The Movie mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta pada hari pertama tayangan pada 28 November lalu.

Filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation itu berkisar perisik kanak-kanak yang ditugaskan agensi Meta Advance Tactical Agency (MATA) sebagai pelindung kota futuristik, Cyberaya daripada ancaman.